Pages

Wednesday, October 6, 2010

Contoh soalan

Contoh Soalan
 Seorang Peladang memelihara beberapa ekor ayam dan kambing. Pada suatu hari apabila dia mengira bilangan kaki haiwan peliharaannya dia mendapati semuanya ada 88 kaki. Berapakah  bilangan ayam dan kambing yang dimiliki oleh Peladang itu?Untuk menyelesaikan soalan di atas pelajar boleh menggunakan kaedah cuba jaya dengan menggunakan pemikiran algebra bagi mendapatkan bilangan kambing dan ayam
i)              Memahami masalah
a)    Pelajar perlu memahami apa yang dikehendaki dalam soalan. Dalam soalan di atas pelajar diminta mencari berapa bilangan ayam dan kambing yang dipelihara oleh peladang tersebut.
b)    Pelajar perlu memahami maklumat diberi bahawa bahawa jumlah kaki semua haiwan yang ada di ladang tersebut ialah 88 kesemuanya.
c)    Pelajar perlu mengetahui bahawa bilangan kaki bagi seekor ayam dan seekor kambing adalah berbeza  seekor ayam mempunyai 2 kaki dan seekor kambing mempunyai 4 kaki.
ii)             Membuat Perancangan
a)    Pelajar menyusun maklumat yang diberi seperti berikut :

1 kambing                                =          4 kaki
1 ayam                                     =          2 kaki
Jumlah Kambing + ayam       =         88 kaki
b)    Memikirkan apakah kaedah yang sesuai untuk mencari jawapan.
c)    Menggunakan kaedah cuba jaya bagi menyelesaikan masalah tersebut.
iii)            Melaksanakan perancangan
Dengan menggunakan kaedah cuba jaya pelajar akan menjalankan kiraan seperti berikut :

Cuba Jaya 1
a)    20 ekor ayam         x  2 = 40 kaki
20 ekor kambing     x  4= 80 kaki        120 kaki
      Jumlah                            = 120 kaki      terlalu tinggi

Cuba Jaya 2
b)    20 ekor ayam        x    2    = 40 kaki
10 ekor kambing    x    4    = 40 kaki       80 kaki
Jumlah                                 = 80 kaki       hampir tepat

                 Cuba Jaya 3
c)     20 ekor ayam         x   2   = 40 kaki
12 ekor kambing      x   4   = 48 kaki       88 kaki           
                        Jumlah                               = 88 kaki        pelajar dapat jawapan

iv)           Menyemak semula
Pelajar boleh menyemak semuala jawapan pada cuba jaya ketiga dengan mendarab bilangan haiwan dengan jumlah kakinya untuk memastikan bilangan kaki haiwan tersebut sama seperti maklumat di dalam soalan.
           Dalam penyelesaian masalah para pelajar harus sedar bahawa sesetengah masalah boleh diselesaikan dengan beberapa strategi. Guru matematik perlu memainkan peranan dengan bukan hanya sekadar mendedahkan beberapa heuristik  penyelesaian masalah kepada pelajarnya tetapi pengajaran guru harus memberi  tumpuan kepada proses pemikiran yang terbentuk semasa pelajar mengkaji, memahami dan menyelesaikannya. Secara kesimpulannya, algebra adalah bahasa yang paling sesuai untuk menulis arimetik secara umum dan perlu menyokong arimetik dan bukannya terpisah darinya. Algebra juga adalah lanjutan kepada arimetik iaitu sebagai satu  proses mengurus arimetik.

0 comments:

Post a Comment

COUNTERS