Pages

Thursday, October 7, 2010

Laporan TIMSS

TIMMS ialah laporan yang membandingkan kedudukan pelajar-pelajar sesebuah negara di peringkat dunia dan perbandingan ini dilakukan melalui ujian-ujian yang diadakan oleh badan dunia terbabit. Dalam kajian TIMMS atau nama penuhnya Trends in International Mathematics and Science Study 2003, pencapaian pelajar Malaysia dalam subjek matematik meningkat daripada tempat ke 16 ke tempat ke-10 dan mendahului 40 buah negara lain termasuk negara maju seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan New ZealandWalau bagaimanapun,   kita tidak boleh berpuashati dengan pencapaian subjek matematik ini kerana kedudukan negara kita  yang ketinggalan agak jauh ke belakang berbanding negara jiran terdekat  kita iaitu Singapura yang menduduki tempat pertama. Lihat jadual di bawah yang berdasarkan kajian TIMMS untuk membandingkan pencapaian subjek  matematik di seluruh dunia.

 Pada masa ini, kajian TIMSS telah masuk kitaran ketiga dan kali ini dikenali sebagai TIMSS 2007.   Seperti kajian TIMSS 1999 dan 2003, kajian TIMSS 2007 juga mengambil masa selama empat tahun  untuk dilaksanakan.  Kajian TIMSS 2007 telah dimulakan pada awal tahun 2005 dengan penyediaan  sampel kajian. Pada tahun 2006, kerja-kerja terjemahan soalan kajian, verifikasi soalan ujian dan  soal selidik dimulakan.  Kajian rintis telah diadakan pada bulan Mac-April 2006 dan pentadbiran  kajian utama diadakan pada bulan Oktober, 2007.

0 comments:

Post a Comment

COUNTERS